Thursday, June 7, 2012

Honda Promotion Campaign Bulan April dan Mei 2012

Honda Promotion Campaign ialah kerjasama di antara pengedar motosikal Honda yang terdiri dari Impian Shop terpilih mengadakan kempen servis percuma kepada pelanggan/pengguna motosikal Honda.



Pelanggan sedang menggunakan Honda Riding Trainer di Bee Eik Motor, Kangar, Perlis


Pada bulan April dan Mei 2012, kempen ini telah berjalan di kawasan utara Semenanjung Malaysia iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Pengedar yang terpilih kali ini ialah Bee Eik Motor, Kangar, Chin Hin (Jitra), Alor Setar, SLM Marketing, Sungai Petani, Ben Huat Motor, Alor Setar, Lean Seang Motor, Butterworth, Motociti Sdn Bhd, Butterworth dan Chung Seng Motor, Bukit Mertajam.



Aktiviti latihan Riding Trainer Simulator di Ben Huat Motor, Alor Setar

Semasa kempen ini dijalankan, pihak Boon Siew Honda Safety Riding juga ikut serta berkempen tentang keselamatan menunggang. Kami membawa Honda Riding Trainer dan memberi tunjukajar dan latihan percuma kepada pelanggan.

Latihan simulasi ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelanggan tentang kesilapan-kesilapan yang mungkin berlaku jika tidak berhati-hati semasa menunggang. Kesilapan sebegini boleh mengakibatkan kemalangan, kecederaan dan juga kematian.

Kami berazam akan terus berkempen kepada pelanggan tentang keselamatan menunggang pada kesempatan yang berikutnya di seluruh Malaysia. Nantikan kedatangan kami di tempat anda!

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan.

Note: Only a member of this blog may post a comment.