Wednesday, June 27, 2012

Jangan Tambahkan Diri Anda Ke Dalam Statistik



Motosikal merupakan kenderaan yang ideal dan menyenangkan. Banyak kelebihan motosikal dari segi ini jika dibandingkan dengan kereta. Bila menaiki motosikal, kita mudah meloloskan diri sewaktu kesesakan lalu lintas. Berbanding kereta, dengan motosikal, kita mudah mencari parkir dan tak perlu berjalan jauh ke tempat tujuan.


Namun begitu, sungguh mengejutkan dan menakutkan jika kita lihat statistik kemalangan jalan raya yang melibatkan motosikal.  Menurut laporan MIROS dalam UNESCAP EGM, 2011, motosikal terlibat kemalangan jalan raya pada tahun 2010 ialah sebanyak 120,156 buah. Kematian penunggang dan pembonceng ialah 4036 orang daripada jumlah total kematian di jalan raya sebanyak 6872 orang. Jumlah peratusannya ialah 59%.




Kami di Boon Siew Honda Safety Riding ingin menasihatkan anda agar lebih berhati-hati semasa menunggang dan jangan abaikan pemakaian keselamatan iaitu, topi keledar, pelindung mata, jaket dan seluar panjang, sarung tangan serta kasut bertutup. Sila patuhi peraturan jalan raya demi keselamatan anda dan pengguna jalan raya yang lain. Sama-samalah kita menjaga keselamatan dan jangan pula menambahkan diri kita ke dalam statistik kemalangan jalan raya.

"Tunggang dengan cermat, ingatlah orang tersayang"


No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan.

Note: Only a member of this blog may post a comment.