Thursday, January 17, 2013

Lawatan Kelab Pemilik Motosikal Honda Dash Malaysia



Garangnya T Shirt 'Dash Owner Club'

Pada 14 Disember 2012 yang lalu kami menerima lawatan dari Kelab Pemilik Motosikal Honda Dash Malaysia. Ahli kelab ini yang datang dari seluruh Malaysia melawat kilang Motosikal Boon Siew Honda di Mak Mandin. Selepas itu mereka meneruskan aktiviti bersama kami di Safety Riding Center.


Antara aktiviti yang disediakan kepada mereka ialah:

1. Taklimat keselamatan menunggang oleh En M.Chandran, pengurus pusat latihan.

2. Taklimat tentang model terbaru disampaikan oleh wakil pemasaran.

3. Memandu uji model motosikal terbaru iaitu Model  transmisi otomatik, PCX dan juga model-model lain.

4. Berlatih dengan "Riding Trainer Simulator".

5. Menyaksikan demonstrasi cara membrek dengan selamat sewaktu kecemasan.

6. Membeli alat-ganti dan aksesori tulin.

6. Makan-makan bersama dan beramah mesra.



En M.Chandran sedang memberi taklimat sambil diperhatikan oleh Mr. Koji Yasumatsu. 



Ahli kelab sedang berlatih menggunakan Riding Trainer Simulator.


Taklimat sebelum demonstrasi membrek selamat semasa kecemasan.


Demonstrasi dilakukan oleh Instruktor Ooi dan Azizan.


Ahli kelab sedang menunggang-uji model PCX, sebuah model AT terbaru.


Ahli kelab sedang menjamu selera makan tengahari.


Mr. Koji memberi cenderahati kepada semua ahli kelab.


Ketua rombongan menyampaikan profil kelab kepada Mr. Koji Yasumatsu yang mewakili Boon Siew Honda.


Bergambar kenang-kenangan staf Boon Siew Honda dengan ahli kelab.




Ahli kelab mengucapkan selamat tinggal dengan penuh bergaya.

Terima kasih kami ucapkan kepada Kelab Pemilik Motosikal Honda Dash Malaysia yang sudi berkunjung ke pusat latihan kami. Terima kasih juga kami ucapkan kepada rakan-rakan dari Part Center, Marketing dan Sales yang turut menjayakan program ini.













No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan.

Note: Only a member of this blog may post a comment.