Monday, August 19, 2013

Latihan Penunggangan Selamat Keluarga En. Lukman

Salam sejahtera.

Pada hari Sabtu 17 Ogos lalu, kami telah melatih sekumpulan anggota masyarakat yang begitu prihatin terhadap keselamatan menunggang. Kumpulan ini telah memecahkan rekod Pusat Latihan Safety Riding ini kerana disertai oleh tiga sekeluarga iaitu bapa, ibu dan anak serta dua lagi sahabat mereka.

En Lukman adalah seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia, OSH expert, big biker yang juga merupakan seorang blogger. Pengalaman beliau sekeluarga menjalani latihan bersama kami boleh di baca di sini. 


Di antara gambar-gambar aktiviti mereka:
Peserta sedang mengikuti latihan teori.

Aplikasi tujuh gaya menunggang.

Pylon-slalom

 Taklimat sebelum melakukan latihan 'slow speed control'


Demonstrasi 'slow speed control' dari instruktor.

"Susah juga menunggang perlahan"

Peserta semakin dapat menguasai 'tempo' latihan ini.

'Safety Gear' dikenakan sebelum melakukan latihan brek kecemasan.

'Seriyau' juga pada mulanya melakukan latihan brek...

Makin cekap nampaknya melakukan brek kecemasan.

Gambar kenangan berlatarbelakangkan trek.

Wah, 'post' yang menarik!

Acara penutup dan penyampaian sijil.

(Gambar-gambar penyampaian sijil boleh didapati dalam blog En Lukman.)

Kami amat berterimakasih kepada En Lukman sekeluarga dan sahabat mereka kerana telah mengikuti kursus kami serta berkongsi pengalaman mereka di dalam blog peribadi. Diharap pengetahuan baru dapat diamalkan semasa menunggang dan dikongsikan kepada kenalan mereka.


No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan.

Note: Only a member of this blog may post a comment.