Thursday, February 21, 2013

Kami Telah Berpindah

Kredit Foto: hazminhamudin.com

Pada 18 Februari 2013 yang lalu kami telah berpindah ke premis baru di Batu Kawan, Pulau Pinang. Perpindahan ini adalah berikutan perpindahan kilang Boon Siew Honda ke tapak baru yang lebih besar.



Oleh kerana syarikat kami akan memperluaskan pasaran di Malaysia, maka kami juga turut merasai semangat itu. Kami harap di tahun 2013 ini, lebih banyak lagi peluang untuk berkongsi pengalaman dan skil penunggangan selamat kepada rakyat Malaysia.

Fokus kami pada tahun ini ialah sekolah menengah di mana pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dan teknik menunggang dengan selamat. Kami berharap para pelajar akan mengaplikasi pengetahuan dan teknik semasa menunggang motosikal ke sekolah dan juga ke mana sahaja.

Namun begitu, komuniti lain tidak kami abaikan. Kami sentiasa akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat untuk latihan dan aktiviti serta kempen keselamatan mereka. Pada tahun ini latihan awam yang pertama di premis baru ialah kepada pegawai-pegawai JKKP.

Kami berharap pada tahun ini dan tahun-tahun berikutnya, jumlah kemalangan jalan raya akan berkurangan.  

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan.

Note: Only a member of this blog may post a comment.