Tuesday, June 25, 2013

Kempen Menunggang Selamat KITA-FMM, Kulim Hi-Tech Park

Salam sejahtera.

Pada 20 Jun 2013 lalu, kami telah dijemput menyertai Kempen Menunggang Selamat oleh KITA-FMM di Kulim Hi-Tech Park, Kedah Darul Aman.

KITA adalah singkatan Kulim Industrial Tenants Association dan FMM adalah Federation of Malaysian Manufacturers (Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia) Cawangan Kedah/Perlis.  



Penganjur telah menjemput kira-kira 200 orang wakil staf dari syarikat di sekitar Kulim, Kedah.

Pihak Boon Siew Honda Safety Riding Center diminta mengadakan taklimat aspek teknikal penungangan selamat serta demonstrasi pengendalian motosikal selamat.

Kesemua staf berada di sana dan kami turut disertai oleh pengurus Jabatan Pentadbiran, Encik Tajudin Loman.

En. Sanusi sedang memberi taklimat.

En. Sanusi memberi panduan serta tips keselamatan menunggang kepada para peserta.

Para peserta sedang fokus mendengar taklimat keselamatan dari Boon Siew Honda Safety Riding Center.

En. Ooi dan En. Azizan sedang bersiap sedia untuk melakukan demonstrasi brek selamat.

Taklimat demonstrasi oleh En. Sanusi.

Demonstrasi brek selamat dilakukan dengan 'selamat' oleh En. Ooi dan En. Azizan.

En. Hawari dari Silterra sedang berlatih menggunakan riding trainer dengan bimbingan En. Azizan.

Seorang lagi peserta sedang berlatih riding trainer dibimbing oleh En Ooi.

En. Ismail dari Hoya Electronics sedang berlatih riding trainer dibimbing oleh En Azizan.

Kami sedang dijamu makan tengahari oleh penganjur di meja VIP. En. Ooi dan En. Tajudin sedang menjamu selera.


Klik untuk lihat gambar-gambar di Facebook Page KITA

Boon Siew Honda Safety Riding Center mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana telah menjayakan program yang amat berfaedah kepada semua peserta. Diharapkan kami akan dapat bekerjasama lagi di masa hadapan.




No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan.

Note: Only a member of this blog may post a comment.