Salam sejahtera.
Pada 21 dan 27 Jun 2013 lalu kami telah mengadakan latihan asas penunggangan selamat kepada pegawai dan kakitangan Toray Plastic (M) Sdn Bhd.
Toray Plastics (M) Sdn Bhd. telah menghantar dua kumpulan ke pusat latihan kami. Kumpulan pertama datang pada hari Jumaat, 21 Jun 2013 manakala kumpulan kedua pada hari Khamis, 27 Jun 2013.
Berikut adalah antara aktiviti kumpulan pertama:

Para peserta sedang mengikuti latihan teori bersama En. Sanusi.
Kusyuk mengikuti latihan teori... En Chandra Segaran, Safety Officer turut serta dalam kumpulan pertama.
Peserta mengikuti latihan 'slow speed control' ataupun 'plank riding'
Panas bukanlah penghalang buat kakitangan Toray Plastics yang ingin berlatih penungangan selamat.
Sedang mendengar taklimat pra-latihan amali.
En. Azizan dan En. Ooi sedang memberi tips keselamatan.
Peserta sedang mengenakan 'riding gears' sebelum membuat latihan brek kecemasan.
Seorang peserta sedang melakukan latihan brek kecemasan.
Peserta sedang diberi panduan menggunakan brek hadapan oleh En. Azizan.
Acara penutup latihan disempurnakan oleh En Tajudin, Admin Manager, Boon Siew Honda Sdn Bhd.
Acara penyampaian sijil kehadiran.
Peserta bergambar bersama staf Safety Riding Center.
Berikut pula adalah antara aktiviti kumpulan kedua:
Kata-kata aluan daripada En. Tajudin kepada kumpulan kedua.
Peserta sedang mengikuti latihan teori dari En Sanusi.
Peserta sedang mengikuti taklimat pra-latihan amali dari En. Azizan.
Peserta sedang menjalani latihan 'slow speed control' atau 'plank riding'
Peserta sedang memakai safety gears sebelum melakukan latihan brek kecemasan.
Boleh tahan juga laju, tapi masih boleh tersenyum kerana telah tahu cara membrek dengan selamat.
Jauh juga tempat berhenti dari tempat menekan brek tadi. Dengan teknik betul boleh memendekkan lagi jarak berhenti.
Peserta telah selesai melakukan latihan brek kecemasan.
En Tajudin sedang membuat ucapan penutup kursus.
Acara penyampaian sijil kehadiran disempurnakan oleh En. Tajudin.
Latihan kepada pegawai dan kakitangan Toray Plastics telahpun selesai dengan jayanya. Diharap para peserta dapat berkongsi pengalaman latihan dengan rakan sekerja, ahli keluarga dan kenalan mereka.
Kami juga berharap dapat melatih pegawai dan kakitangan Toray Plastics (M) Sdn. Bhd yang lain dan mungkin juga dapat dikembangkan latihan ini kepada semua anak syarikat di bawah Kumpulan Toray.
Kami juga berharap dapat melatih pegawai dan kakitangan Toray Plastics (M) Sdn. Bhd yang lain dan mungkin juga dapat dikembangkan latihan ini kepada semua anak syarikat di bawah Kumpulan Toray.
No comments:
Post a Comment
Komen anda amat dialu-alukan.
Note: Only a member of this blog may post a comment.