Friday, September 20, 2013

Latihan Penunggangan Selamat Dell Asia Pacific

Salam sejahtera.

Pada 7 September 2013 lalu kami telah melatih staf dari Dell Asia Pacific. Ini adalah sesi latihan yang pertama kami jalankan kepada mereka. Mereka mengetahui tentang program latihan kami melalui En. Chandra, pegawai keselamatan Toray Plastics. Berikut adalah gambar-gambar aktiviti mereka:

Kempen Keselamatan Menunggang NGK Spark Plugs

Pada 30 Ogos 2013 lalu kami telah dijemput oleh NGK Spark Plugs untuk berceramah dan melatih staf mereka. Kira-kira 60 orang staf menghadirkan diri. Mereka diberi taklimat keselamatan dan juga diberi latihan dan pendedahan menunggang selamat dengan menggunakan 'Riding Trainer.' Kami kongsikan di sini gambar-gambar aktiviti pada hari tersebut.

Monday, August 19, 2013

Latihan Penunggangan Selamat Keluarga En. Lukman

Salam sejahtera.

Pada hari Sabtu 17 Ogos lalu, kami telah melatih sekumpulan anggota masyarakat yang begitu prihatin terhadap keselamatan menunggang. Kumpulan ini telah memecahkan rekod Pusat Latihan Safety Riding ini kerana disertai oleh tiga sekeluarga iaitu bapa, ibu dan anak serta dua lagi sahabat mereka.

En Lukman adalah seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia, OSH expert, big biker yang juga merupakan seorang blogger. Pengalaman beliau sekeluarga menjalani latihan bersama kami boleh di baca di sini. 

Saturday, June 29, 2013

Latihan Penunggangan Selamat Pegawai dan Kakitangan Toray Plastics (M) Sdn Bhd

Salam sejahtera.

Pada 21 dan 27 Jun 2013 lalu kami telah mengadakan latihan asas penunggangan selamat kepada pegawai dan kakitangan Toray Plastic (M) Sdn Bhd.  

Toray Plastics (M) Sdn Bhd. telah menghantar dua kumpulan ke pusat latihan kami. Kumpulan pertama datang pada hari Jumaat, 21 Jun 2013 manakala kumpulan kedua pada hari Khamis, 27 Jun 2013. 

Tuesday, June 25, 2013

Kempen Menunggang Selamat KITA-FMM, Kulim Hi-Tech Park

Salam sejahtera.

Pada 20 Jun 2013 lalu, kami telah dijemput menyertai Kempen Menunggang Selamat oleh KITA-FMM di Kulim Hi-Tech Park, Kedah Darul Aman.

KITA adalah singkatan Kulim Industrial Tenants Association dan FMM adalah Federation of Malaysian Manufacturers (Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia) Cawangan Kedah/Perlis.  

Wednesday, March 6, 2013

Latihan Penungangan Selamat Pegawai dan Kakitangan JKKP

Salam sejahtera.

Pada 04 Mac 2013, latihan di premis baru kami telah dimulakan oleh kumpulan pegawai dan kakitangan JKKP (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) dari cawangan Seberang Jaya, Pulau Pinang. Seramai empat orang telah dihantar untuk menjalani latihan. Mereka telah dilatih mengikut silibus standard bagi latihan asas (sehari).

Thursday, February 21, 2013

Kami Telah Berpindah

Kredit Foto: hazminhamudin.com

Pada 18 Februari 2013 yang lalu kami telah berpindah ke premis baru di Batu Kawan, Pulau Pinang. Perpindahan ini adalah berikutan perpindahan kilang Boon Siew Honda ke tapak baru yang lebih besar.

Tuesday, February 19, 2013

Yasokai Parade Pulau Pinang 2013

Pada 19 Januari 2013, Boon Siew Honda Safety Rinding telah dijemput mengambil bahagian dalam Yasokai Parade di Pulau Pinang oleh Jabatan Pemasaran.

Staf yang terlibat ialah En. M. Chandran dan En. Ooi Kok Eng.

Thursday, January 17, 2013

Lawatan Kelab Pemilik Motosikal Honda Dash Malaysia



Garangnya T Shirt 'Dash Owner Club'

Pada 14 Disember 2012 yang lalu kami menerima lawatan dari Kelab Pemilik Motosikal Honda Dash Malaysia. Ahli kelab ini yang datang dari seluruh Malaysia melawat kilang Motosikal Boon Siew Honda di Mak Mandin. Selepas itu mereka meneruskan aktiviti bersama kami di Safety Riding Center.